SEAKAN-AKAN tiada tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan apabila timbul lagi dakwaan kononnya perairan negara kembali diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab yang disyaki mencuri tinggalan khazanah negara di perairan negeri Pahang.
Khazanah yang dimaksudkan ialah bangkai kapal British Perang Dunia Kedua (WW2), HMS Prince Of Wales yang dikatakan menjadi 'mangsa' rompakan kapal asing dari China.
Perkara tersebut dikongsikan oleh akaun Twitter #GMT7forWestMY pada Rabu.
"Mohon share (kongsi). Kapal HMS Prince of Wales kena 'skrap' (sekerap) secara haram. Habis khazanah kita kena 'rembat' (curi)," ciapnya lagi.
Tambahnya, mereka menerima video dan aktiviti mengenai aktiviti skrap haram bangkai kapal itu di perairan Malaysia yang berlaku beberapa bulan lepas.
Kapal perang HMS Prince Of Wales yang tenggelam di perairan Laut China Selatan kira-kira 108 kilometer dari Kuantan. — Agensi
"E-mel sudah dihantar ke beberapa agensi berkaitan dan masih tiada jawapan. Perlukah kami membongkarnya?," tulisnya lagi.
Menurut #GMT7forWestMY, ia bukanlah kali pertama berlaku kerana ada cubaan untuk mencuri tinggalan kapal perang HMS Prince Of Wales yang tenggelam di perairan Laut China Selatan kira-kira 108 kilometer dari Kuantan oleh nelayan Vietnam pada tahun 2014.
"Benda ni dah lama malah pernah dapat liputan media tapi tetapi sekarang dah jadi balik. Tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa," katanya.
#GMT7forWestMY mendedahkan kapal skrap itu masuk ke Malaysia pada awal tahun ini sebelum berlabuh di area wreck (bangkai kapal).
Menerusi satu ciapan semula daripada akaun The Pawn, difahamkan, kapal skrap yang dinamakan 'Chuan 68' itu adalah kapal China yang dimiliki oleh Fujian Ya Rui Marian.
"Aduan berupa e-mel juga sudah dipanjangkan kepada Jabatan Warisan Negara namun tiada apa-apa maklum balas diterima.
"E-mel juga sudah dihantar juga sudah dihantar ke Kedutaan United Kingdom dengan harapan mereka boleh mengambil tindakan dalam isu ini," katanya lagi.
Selain daripada kapal perang tersebut, terdapat sebuah lagi bangkai kapal British Perang Dunia Kedua yang tenggelam di perairan tersebut iaitu HMS Repulse.
Bangkai kapal itu dipercayai menjadi rebutan kerana logamnya yang dikatakan mahal berikutan tidak tercemar dengan nuklear.
Penjelasan tersebut diberikan @cikgu_hanif yang memberitahu, bangkai kapal itu dikehendaki negara tertentu untuk projek aeroangkasa.
"Cerita dia, logam mana-mana bangkai kapal sebelum Amerika Syarikat jatuhkan bom atom di Jepun dulu jadi mahal.
"Ia sebab logam itu pure tak tercemar untuk dijadikan alatan menentu ukur peralatan makmal yang jitu tanpa pencemaran isotop nuklear.
"Seluruh dunia mereka cari untuk projek aeroangkasa," katanya.
Sebelum ini, bekas Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam dilaporkan berkata, pihaknya hanya dapat membuat pemantauan di perairan negara tetapi tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh khususnya di kawasan itu.
Ini kerana menurutnya, kawasan berkenaan perlu diwartakan terlebih dulu sebagai kawasan warisan dilindungi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram