Ramai bengang, tiket konsert Coldplay dijual semula 8 kali ganda harga asal


  • Massa
  • Rabu, 17 Mei 2023

Coldplay bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BARU tiga jam ditawarkan dipasaran, tiket konsert kumpulan muzik Britain, Coldplay habis dijual pada Rabu dan tambah menimbulkan kemarahan ramai apabila sudah ada individu mengambil kesempatan menjual semula tiket berkenaan pada harga yang lebih mahal daripada harga asal.

Tinjauan The Star pada platform jualan tiket Viagogo mendapati tiket konsert berkenaan yang asalnya berharga paling rendah RM228 untuk kategori dua, kini dijual pada harga RM1,749 iaitu hampir lapan ganda harga sebenar.

Bukan itu sahaja, tiket bagi kategori empat dan lima yang masing-masing berharga RM589 dan RM498, pula dijual pada harga RM2,499 dan RM3,000.

Perkara tersebut menimbulkan kemarahan para peminat kumpulan muzik berkenaan terutamanya yang tidak berjaya membeli tiket tersebut secara talian.

Malah, mereka juga mengecam perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan meminta orang lain supaya tidak membeli tiket tersebut dalam pihak terbabit.

Coldplay buat pertama kalinya bakal mengadakan konsert pada 22 November tahun ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket mula dijual sejak Selasa bermula pada harga RM228 hingga RM3,088.

Bagaimanapun, pihak penganjur konsert berkenaan, Live Nation mengumumkan tiket tersebut habis dijual pada pukul 1.07 petang menerusi satu ciapan di Twitter. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Coldplay, tiket, harga mahal, konsert, Viagogo