SEORANG pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki gambar dan video lucah dalam telefon pintarnya.
Muhammad Fitri Ishak, 26, yang bekerja di sebuah kedai menjual santan, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan majistret Nur Atiqah Sapari.
Dia didakwa menyimpan sebanyak 67 imej dan 55 video lucah dalam telefonnya di Hospital Taiping, Perak pada pukul 12.15 tengah hari pada 16 Februari tahun lepas.
Dalam pada itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Peguam Ng Wei Jun, dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan berkata, tertuduh masih mempunyai kedua-dua ibu bapa dan seorang adik untuk dijaga dan hanya memperoleh RM1,200 sebulan.
βDia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu,β tambahnya.
Pegawai pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Siti Hajar Sulaiman menggesa agar hukuman pencegahan dikenakan.
SKMM menahan tertuduh selepas menerima laporan dan Muhammad Fitri kemudiannya membayar denda yang dikemukakan mahkamah. β The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram