MUSIM ini, kemeriahan Liga Super semakin dirasakan dengan kehadiran wajah-wajah baharu, sekali gus menarik lebih ramai penonton pada setiap perlawanan.
Antara yang menarik perhatian ialah penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Diogo Luis Santo yang memilih untuk kembali menyertai pasukan itu dari kelab Thailand.
Dia yang sememangnya cukup terkenal dalam kalangan penyokong Harimau Selatan sudah menjaringkan empat gol di samping mencatatkan empat bantuan jaringan.
Kepulangannya cukup penting untuk memastikan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut tersebut mengukuhkan tempat mereka di tangga teratas.
Bagaimanapun, di sebalik statistik bergaya penyerang kelahiran Brazil itu, peminat setia kelab itu seperti terpaksa menelan realiti pahit.
Ini kerana mereka terpaksa menyaksikan pemenang Kasut Emas Liga Super dua kali berturut-turut, Bergson da Silva terus disisihkan di bangku simpanan.
Bergson da Silva berjaya menggondol anugerah penjaring terbanyak liga apabila meledak 29 gol pada musim lalu. — Facebook/Johor SouthernTigers
Meskipun penyerang tersebut masih memainkan peranan penting di bawah kendalian Esteban Solari, kecederaan yang dialami awal musim lalu menyebabkan sentuhannya semakin pudar.
Namun, jika hendak dibandingkan pada 2022, Bergson adalah salah seorang daripada tiga penyerang yang dilihat tidak mempunyai sentuhan berbisa.
Pemain berasal dari Brazil ini hanya berhasil meledak dua tiga gol dan membuat satu bantuan gol dalam 42 minit permainannya dalam lima perlawanan setakat ini.
Malahan pemain berketinggian 1.81 meter itu juga jarang diturunkan dalam kesebelasan utama sejak mengalami kecederaan pada awal musim.
Kipre (tengah) sudah menjaringkan tiga gol bersama KL City FC. — Facebook/ KL City FC
Sementara itu pemain, peledak The City Boys, Tchetche Kipre turut dilihat kehilangan sentuhannya di depan pintu gol.
Pemain berusia 35 tahun itu hanya berjaya menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol sepanjang sembilan permainan pada ketika ini.
Selain itu, dengan kehadiran penyerang Brazil, Herlison Caion yang lebih diutamakan sebagai penyerang tunggal di barisan hadapan sekali gus menjadikan Kipre jarang mendapat peluang.
Musim lalu, Kipre ditandatangani Terengganu FC untuk bergandingan dengan Kpah Sherman, tetapi dia menewaskan pemain Liberia itu dengan menjaringkan 19 gol dalam 24 perlawanan, manakala Kpah (13 gol dalam 22 perlawanan).
Setakat ini, Darren hanya mencatatkan dua jaringan gol untuk skuad Sang Badak dengan kedua-duanya diperolehi hasil daripada sepakan penalti. —Facebook/SabahFC
Berbicara tentang penyerang Sabah FC, Darren Lok pula disifatkan masih belum memenuhi potensi sebenar dalam sumbangannya kepada pasukan.
Walaupun diturunkan sebagai pemain utama sepanjang 12 perlawanan, dia hanya mencatatkan dua jaringan gol untuk skuad Sang Badak dengan kedua-duanya diperolehi hasil sepakan penalti setakat ini.
Pemain kebangsaan ini juga dilihat kurang menyerlah dan gagal menambat hati peminat dengan prestasinya yang dilihat semakin menurun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram