DEMI mengaut duit mudah, ada pihak sanggup membuat onar dengan senjaga mencetuskan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain bagi membolehkan mereka memperdaya mangsa untuk mendapatkan ganti rugi.
Perkara itu dibongkar menerusi satu video tular dirakam seorang pengguna jalan raya yang memaparkan modus operasi kumpulan terbabit dipercayai dilakukan di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.
Menerusi klip berdurasi 2 minit 5 saat itu, pemilik kamera papan pemuka kenderaan itu mendakwa perbuatan tidak bertanggungjawab itu melibatkan beberapa penunggang motosikal dan sebuah kereta.
"Beberapa penunggang motorsikal akan brake check (cuba menguji brek) depan anda, buat anda terlanggar mereka.
Tangkap layar video tular pada Selasa memaparkan kenderaan berwarna gelap mengekori rapat kenderaan mangsa untuk mencetuskan kemalangan palsu.
"Kereta belakang (yang juga gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu," menurut perkongsian tersebut di Facebook.
Berdasarkan klip tular sejak Selasa itu, terdapat kira-kira empat motorsikal yang dipercayai berada di hadapan kenderaan tersebut bermula dari sebuah persimpangan lampu isyarat.
Selepas beberapa ketika, salah satu daripada motosikal terbabit didapati brek secara mengejut di hadapan kereta berkenaan.
SCAM ACCIDENT !
Modus Operandi:
Beberapa orang penunggang motor akan brake check depan anda, buat anda terlanggar diorang.
Kereta belakang (gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu.
Pastikan ada dashcam !!!
Kredit ceo of expose pic.twitter.com/ZbIMyXfcjs
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 16, 2023
Dalam pada itu, sebuah kereta berwarna gelap dilihat mengekori rapat kenderaan mangsa.
Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang kecederaan berlaku ekoran daripada insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram