SEPERTI tidak ada tempat lain nak bercinta.
Tindakan sepasang kekasih di Weinan, Wilayah Shaanxi, China yang asyik bercumbu di tengah-tengah jalan ketika menaiki motosikal ternyata mengundang padah.
Ia selepas mereka terbabit dalam kemalangan yang turut tular menerusi satu video dikongsikan polis di wilayah berkenaan.
Berdasarkan klip tersebut, pasangan itu pada awalnya menunggang motosikal bersama tanpa memakai topi keledar.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilihat memberhentikan motosikal dinaikinya beberapa kali di jalan yang lenggang untuk menoleh ke belakang dan mencium teman wanitanya yang membonceng di belakang.
Dalam keadaan kedua-duanya leka menikmati saat romantis itu, mereka kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga leka untuk melihat lampu isyarat di persimpangan jalan yang dipercayai sudah bertukar kuning.
Akibatnya, sebuah kereta yang datang dari arah kanan telah melanggar motosikal tersebut menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan.
Video berkenaan kemalangan tersebut yang berlaku pada 21 April lalu itu menunjukkan penunggang lelaki itu terduduk di tepi jalan dan kelihatan tidak mengalami cedera parah manakala wanita itu pula terbaring dan tidak mampu untuk bangun.
Selepas tular, video itu menimbulkan perbincangan hangat di platform media sosial.
Rata-rata warganet tidak menujukkan simpat terhadap pasangan tersebut dan secara sinis menyifatkan bahawa kemalangan itu sebagai satu 'perpisahan yang sebenarnya'. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra