[VIDEO] Kemalangan besar dekat Terowong Menora babitkan sebuah bas, 9 kereta


  • Tular
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Beberapa gambar di lokasi kejadian kemalangan kemalangan melibatkan sebuah bas dan sembilan buah kereta Kilometer 256.7 arah utara antara laluan Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Perak pada pukul 4.22 petang Jumaat. — Facebook

SATU kemalangan besar melibatkan sebuah bas dan sembilan buah kereta dilaporkan berlaku di Kilometer 256.7 arah utara antara laluan Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Perak pada pukul 4.22 petang Jumaat.

Kejadian tersebut mengakibatkan trafik sesak sepanjang kira-kira 10 kilometer (km) akibat penutupan jalan bagi memberi ruang kepada kerja menyelamat.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada pukul 6.57 petang melaporkan insiden tersebut telah selesai dengan kedua-dua lorong sudah pun kembali dibuka.

Bagaimanapun, trafik dilaporkan masih bergerak perlahan.

Menerusi video tular mengenai kemalangan tersebut, sebuah kereta dilihat mengalami remuk dipercayai selepas dilanggar oleh bas terbabit dalam insiden berkenaan.

Dua kenderaan lain juga dilihat melekat di bahagian hadapan bas tersebut.

Status mengenai mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram