[VIDEO] Merangkak macam askar tengah jalan, budak tanpa kerakyatan tunjuk aksi berbahaya di Tawau


  • Tular
  • Khamis, 11 Mei 2023

Tangkap layar sekumpulan kanak-kanak dipercayai warga asing membuat aksi berbahaya di sebuah persimpangan lampu isyarat di Tawau, Sabah.

TINDAKAN berani mati sekumpulan kanak-kanak melakukan aksi berbahaya atas jalan raya di Tawau, Sabah mengundang perhatian warga maya baru-baru ini.

Manakan tidak, melalui beberapa video tular yang dimuat naik di Facebook Mohd Rizwan Sazwan Akkas itu memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki merangkak di tengah-tengah jalan.

"Mantap kamu staring (hebat). Percaya aku. Masa isyarat lampu hijau kau boleh baring santai di sana.

"Melihat pada keadaan ini, kepada siapa kita patut mengadu?

"Membahayakan nyawa sendiri, dan juga orang lain. Pesanan pada pengguna jalan raya lain, sentiasa berhati-hati," tulisnya.

Menurut Mohd Rizwan lagi, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Takada Tawau.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, sekumpulan kanak-kanak berkenaan melakukan aksi berbahaya itu ketika isyarat lampu hijau sekali gus dilihat boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Subdia Ramlee turut berkongsi berkongsi pengalaman yang sama dengan Mohd Rizwan ketika melalui kawasan tersebut.

'Ini yang suami saya ceritakan tadi, mereka berbaring di tengah-tengah jalan buat aksi merangkak macam askar.

"Sudahlah suami memandu treler, takut juga terlanggar. Suami memberikan hon panjang dan tambah geram lagi mereka boleh pula bagi isyarat lucah," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi pendapat berbeza selepas melihat video berkenaan.

Alexis Bong mendakwa rata-rata kanak-kanak yang berada di sekitar kawasan tersebut merupakan kanak-kanak tanpa kerakyatan.

"Anak-anak tiada IC (kad pengenalan) yang banyak disitu. Minta sedekah sejak dulu lagi, sudah dihalau tetapi masih lagi berkumpul di sana. Nak marah pun kasihan kadang-kadang," katanya.

Sementara itu, Timothy pula meninggalkan komen sinis selepas melihat video tersebut.

"Sudah boleh hantar pergi ke kem askar semua budak-budak itu. Nak sangat merangkak atas jalan raya macam askar," katanya.

Namun begitu, kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku, Majoriti sebelum ini pernah melaporkan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang meminta sedekah di sebuah jalan dekat Kota Kinabalu, Sabah bergayut pada sebuah kenderaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram