[VIDEO] 'Ingat jalan tu dia punya', atuk dan cucu melambung kena langgar di simpang empat Tanjung Karang


  • Tular
  • Isnin, 15 Mei 2023

Tangkap layar video kejadian sebuah kenderaan melanggar motosikal hingga menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng melayang ke hadapan.

TULAR satu video memaparkan sebuah kenderaan melanggar motosikal yang datang dari arah kanan pemandu hingga menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng melayang.

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 23 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) itu, mangsa telah dibantu oleh beberapa orang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Dato Manan, Tanjung Karang, Selangor pada pukul 12.54 tengah hari, Isnin.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di Facebook, selepas melanggar motosikal berkenaan, pemandu kenderaan jenis Proton Persona berwarna kelabu itu dipercayai memberhentikan keretanya dan menghampiri mangsa.

Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa sebagai anak saudara kepada penunggang motosikal berkenaan memaklumkan, bapa saudaranya dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke sekolah.

"Cucunya retak paha, pakcik saya sekarang dirawat di Hospital Sungai Buloh kena buat x-ray. Kasihan dia, dahlah kerja kampung, ada kerja ada gaji.

"Doakan pakcik saya tiada kecederaan yang serius. Dia pun dah tua, jangka masa untuk sembuh agak lama. Anak-anak pakcik saya akan cuba dapatkan ganti rugi," katanya.

Insiden tular itu turut mendapat perhatian warganet, antaranya Fariz Razali yang mengatakan pemandu berkenaan seharusnya memberhentikan keretanya dan memberi laluan kepada motosikal tersebut.

"Kereta itu salah sebab dia mai (datang) dari simpang yang ada garisan berhenti. Motosikal tu memang laluan utama dia. Kasihan anak dia melambung," katanya.

Sementara itu, Syafiq Lazim turut berpandangan, simpang empat seperti di dalam video tular berkenaan diakui agak bahaya dan boleh menyebabkan sesetengah pemandu keliru.

"Dalam perspektif Persona dia rasa dia yang jalan utama dan yang tepi itu jalan kecil. Sebab itu bila jumpa simpang macam ini kena perlahan dan tengok jalan yang mana satu," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram