[VIDEO] Bekas presiden institut arkitek diraja bergelut dengan 2 lelaki semata-mata mahu selamatkan basikal kesayangan


  • Benua
  • Isnin, 15 Mei 2023

Warga emas berjaya menyelamatkan basikalnya yang hampir dilarikan oleh dua orang perompak.

SEORANG arkitek berusia 70 tahun berdepan detik cemas apabila basikalnya bernilai RM14,000 (£2,500) hampir dilarikan oleh dua penunggang motosikal.

Mangsa, Ben Derbyshire yang juga bekas Presiden Institut Arkitek Diraja British (RIBA) dilihat bergelut dengan individu yang mengenakan topi keledar muka penuh.

Kejadian yang berlaku di hadapan kafe Hackney, London itu turut mencetuskan kekecohan dan menarik perhatian orang ramai.

Derbyshire yang berada di dalam kafe tersebut menyedari perkara itu bergegas keluar dan cuba untuk menyelamatkan basikalnya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, dapat dilihat berlaku sedikit bergelutan antara Derbyshire dengan perompak terbabit.

Kata Derbyshire, dia menyedari situasi tersebut mungkin akan mengancam nyawa, namun dia berusaha untuk mempertahankan diri.

"Saya fikir keadaan itu agak bahaya tapi saya ingin melarikan diri, tetapi pada masa sama saya tidak mahu mereka melarikan basikal tersebut," ujarnya.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri setelah cubaan mereka gagal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram