[VIDEO] Pembonceng melambung lebih 2 meter gara-gara penunggang 'berangan' terlanggar pembahagi jalan


  • Tular
  • Isnin, 08 Mei 2023

Tangkap layar video tular pada Isnin memaparkan insiden kemalangan itu yang dipercayai berlaku di sekitar Lembah Klang.

KELEKAAN seorang penunggang motosikal nyaris membawa kepada kecelekaan besar apabila kenderaan dinaiki itu terpelanting selepas melanggar pembahagi jalan.

Video insiden kemalangan yang dipercayai berlaku di sekitar lembah Klang itu tular pada Isnin.

Menerusi klip rakaman papan pemuka itu sebuah kereta, penunggang motosikal tersebut yang turut membawa seorang pembonceng dilihat tidak perasan terhadap pembahagi simpang susur keluar yang berada di hadapannya.

Ia menyebabkan motosikal dinaiki itu melanggar hadangan tersebut dan melambung serta hampir melanggar besi pembahagi jalan.

Kesan pelanggaran itu juga menyaksikan pembonceng motosikal di bahagian belakang terlambung tinggi ke udara melebihi dua meter.

WhatsApp Image 2023-05-08 at 12.59.06 PM (1)

Menerusi video tular itu, kedua-dua mangsa dilihat kemudiannya jatuh di atas jalan raya terbabit selepas melanggar pembahagi jalan.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya terjatuh di atas jalan raya berkenaan.

Mereka juga bernasib baik kerana kereta yang berada di laluan tersebut sempat untuk berhenti dan mengelak daripada melanggar kedua-duanya meskipun keadaan jalan ketika itu dilihat agak sibuk.

Dalam pada itu, insiden tersebut menjentik kelucuan dalam kalangan pengguna di sosial media apabila menyaksikan keadaan pembonceng yang melambung tinggi ekoran kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ada antara mereka turut mengingatkan betapa insiden tersebut boleh bertukar menjadi kemalangan lebih teruk sekiranya kedua-dua individu terbabit kurang bernasib baik.

"Bahaya, boleh putus badan kena dekat divider (pembahagi jalan) besi tu," kata EiYaD aNaQi.

Pada masa sama, ada juga antara pengguna berkongsikan pengalaman mereka yang mengalami kecederaan teruk kerana akibat impak pelanggaran terhadap besi pembahagi jalan.

"Saya langgar divider, muka terbelah nampak tulang. Tulang bawah mata patah. Nasib diberi hidup lagi," ujar piuuu.

"Saya pulak perut kena hentam dengan divider, sampai sekarang kesan dia tak kurang lagi. Perut tu takde rasa, bila cubit ke, tak sakit langsung," tulis mai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, kemalangan, leka, motosikal, pembonceng