SUHU negara yang kini dilanda cuaca panas bertambah hangat apabila seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan tergamak meneruskan kuliah seperti biasa walaupun kolej kediaman pelajar dilanda masalah air sejak beberapa hari lalu.
Kekesalan tersebut dikongsikan menerusi satu bebenang oleh pengguna Twitter @BalqisSazamy_ mengatakan adiknya yang belajar di universiti tersebut mengadu kolej kediamannya terputus bekalan air sejak Jumaat lalu.
Katanya, adiknya turut meminta pensyarahnya untuk mempertimbangkan kelas tersebut dilakukan secara dalam talian.
Namun katanya, pensyarah terbabit memaklumkan bahawa kelas secara bersemuka tetap diteruskan seperti biasa dan pelajar perlu hadir walaupun tidak mandi.
"Memang tak ada air langsung! Kesian budak-budak (pelajar). Dah buat report tapi tak jalan. Dah lah bayar yuran mahal, bagilah budak-budak (pelajar) tu balik (ke rumah masing-masing), aduhai," katanya dalam bebenang tersebut.
Dia dalam bebenang sama turut menyeru agar pihak berwajib mengambik tindakan untuk menyelesaikan isu air yang berlarutan itu.
Dalam pada itu, warganet turut memberikan reaksi sama berkenaan pensyarah didakwa memperlekehkan pelajar yang berdepan masalah bekalan air di universiti terbabit.
Salah seorang pengguna Twitter, @ashr4ffe hairan dengan pensyarah berkenaan yang tidak memanfaatkan teknologi maklumat (ICT) untuk mengadakan kuliah dalam talian dalam waktu krisis ini.
"Mengajar dah tahap universiti, but the educators still refuse to implement ICT in class. Weird," katanya.
Manakalah pengguna Twitter lain, @xyrm33y4 yang dipercayai salah seorang alumni universiti terbabit berkata, masalah air di institusi pendidikan berkenaan adalah isu biasa yang tidak berkesudahan dan berlarutan sejak sekian lama.
"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dah buat report semua but still tak ada tindakan. I was a student there and memang takde air setitik but sometimes sampai 1 week.
"Can imagine bila period macam mana? Kalau rumah dekat boleh la balik but yang jauh," katanya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram