Isu bekalan air: UMS adakan mesyuarat Jumaat


  • Massa
  • Khamis, 11 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang pelajar membuka pili air di tandas dalam kolej kediamannya, namun tiada air yang keluar.

PIHAK pengurusan sebuah universiti awam di Sabah memaklumkan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu gangguan air yang melanda kampus berkenaan.

Menurut beberapa sumber di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kenyataan media juga akan dikeluarkan untuk makluman umum selepas ahli mesyuarat mencapai kata putus.

Setakat ini Majoriti difahamkan pelajar-pelajar di kolej kediaman yang terkesan dengan masalah air itu masih bergantung kepada lori tangki air untuk mendapatkan bekalan berkenaan.

Pada Khamis, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan di Sabah tergamak meneruskan kuliah seperti biasa walaupun kolej kediaman pelajar dilanda masalah air sejak beberapa hari lalu.

Kekesalan tersebut dikongsikan menerusi satu bebenang oleh pengguna Twitter @BalqisSazamy_ mengatakan adiknya yang belajar di universiti tersebut mengadu kolej kediamannya terputus bekalan air sejak Jumaat lalu.

Katanya, adiknya turut meminta pensyarahnya untuk mempertimbangkan kelas tersebut dilakukan secara dalam talian, namun berkeras menjalankan kuliah secara bersemuka. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram