Bom buatan sendiri meletup di Jalan Klang Lama: 5 suspek ditahan, polis siasat individu beri upah


  • 112
  • Khamis, 11 Mei 2023

Bom buatan sendiri yang ditemui di hadapan sebuah kedai di Tiara Mutiara 1, Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu. — Polis

SERAMAI lima suspek telah ditahan susulan siasatan dijalankan ke atas bahan letupan buatan sendiri yang meletup di hadapan sebuah kedai di Tiara Mutiara 1, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan Khamis, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia antara 32 dan 60 tahun.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis, dan dua daripada suspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Tiga lagi suspek akan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

Tambahnya, beberapa suspek yang ditahan telah menerima bayaran dan polis masih menyiasat individu asal memberikan upah tersebut.

Pada 2 Mei lalu, sebuah alat letupan buatan yang dibuat dan diubah suai daripada tiga paip PVC telah diletupkan di hadapan sebuah kedai di Tiara Mutiara 1, Kuala Lumpur.

Serpihan bom ditemui di tempat kejadian bersama tiga set cap jari.

Rakaman kamerea litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki meninggalkan kawasan itu ketika kejadian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram