SEORANG pengamal media Palestin, Abdul-Rahman Hassan berdepan dengan detik mencemaskan selepas dia ditembak oleh tentera Israel dalam satu kejadian di bandar Al-Khader, Bethlehem,Tebing Barat pada Sabtu.
Memetik laporan media antarabangsa, IMEMC News, sekumpulan tentera Israel sekali lagi mencetuskan konflik dan ketegangan apabila menyerang beberapa rumah di kawasan Um Rokba di bahagian selatan Al-Khader.
Warga Palestin turut membalas serangan sebelum tentera Israel menawan bandar dan melepaskan beberapa tembakan peluru besi bersalut getah dan bom gas kepada mereka.
Pada waktu kejadian, mangsa sedang membuat liputan di kawasan yang diceroboh oleh tentera Israel tersebut.
Dalam video, yang dirakam oleh Abdul-Rahman Hassan yang cedera, turut kedengaran dia memberitahu tentera Israel '"Press; press" (media) sebelum mereka tetap menembaknya.
Begitupun, mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius kemudiannya diselamatkan dan dirawat oleh pihak perubatan Palestin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram