[VIDEO] 'Memang biadab', rider terbabas cuba elak pemandu kereta potong double line di Kepis Ulu


  • Tular
  • Isnin, 08 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta berada di atas garisan berkembar cuba memotong kenderaan di depannya dan hampir bertembung dengan sebuah motosikal.

MALANG tidak berbau apabila seorang penunggang motosikal terbabas akibat cuba mengelak sebuah kereta yang memotong garisan berkembar di Kampung Ulu Kepis, Johol, Negeri Sembilan pada pukul 5.05 petang pada Ahad.

Kemalangan tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) dan dimuat naik di media sosial itu memaparkan sebuah motosikal berada di kiri jalan berdekatan selekoh.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, sebuah kereta kemudian bertindak memotong kenderaan lain di hadapannya di laluan garisan berkembar dan hampir bertembung dengan motosikal terbabit.

Walaupun berjaya mengelak kereta tersebut, penunggang motosikal tersebut gagal mengawal motosikalnya dan terbabas ke tepi jalan.

Dalam pada itu, warganet turut menyelar sikap pemandu kereta tersebut yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga membahayakan pengguna lain.

"Double trouble. Double line di selekoh memotong, lepas itu sebabkan kemalangan. Report cepat-cepat kat polis," kata Mikey.

"Pemandu kenderaan tu memang biadab dan hanya mementingkan diri. Serta pemanduan yang bahaya memotong double line di kawasan berselekoh, kurang ajar dan biadab," kata Bobby Pojie.

Sementara itu, Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga mangsa dan pihak berkuasa berkenaan kejadian terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram