SATU keluarga berdepan detik cemas apabila salah salah satu tayar kereta yang dipandu tiba-tiba tercabut di sebuah lebuh raya pada Khamis.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.39 petang itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut.
Menurut video tular berdurasi seminit sesaat itu memaparkan kenderaan sedang bergerak pada kelajuan 120 kilometer sejam sebelum tayar keretanya tercabut dan memasuki laluan kecemasan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan terjadi kerana tiada pelanggaran antara tayar dengan kenderaan lain dan lokasi sebenar kejadian di lebuh raya tersebut juga tidak dapat dipastikan.
"Abang, tayar kereta kita ke?" kata seorang wanita dalam video tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram