[VIDEO] Lampu isyarat bertukar arena gusti, 2 lelaki berbalas tumbukan bertubi-tubi di Seremban


  • 112
  • Sabtu, 06 Mei 2023

Tangkap layar video tular video pergaduhan tersebut yang berlaku di Jalan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

SEAKAN-akan tiada waktu lain untuk berkelahi, dua lelaki sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing semata-mata demi bertumbuk walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian pergaduhan yang berlaku Jalan Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan itu tular pada Khamis.

Dalam klip tersebut, sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada di lorong kanan jalan pada awalnya dilihat memberhentikan kenderaan meskipun lampu isyarat di lorong berkenaan sudah hijau.

Tindakan itu dipercayai menyebabkan, pemandu kereta jenis Myvi yang berada di lorong sebelah kirinya bertindak keluar dari kenderaan untuk menuju ke arah kereta terbabit.

Kemudiannya, pemandu kereta jenis Proton Wira itu turut keluar dari kenderaannya dengan dengan kedua-dua lelaki tersebut dilihat bertumbuk sehingga masuk ke laluan bertentangan di kawasan lampu isyarat terbabit.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, setakat ini, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung insiden tersebut.

"Punca kejadian pergaduhan berlaku tidak dapat dipastikan dan mana-mana oran awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Seremban, tular, bergaduh, lampu isyarat, polis