Karnival Kerjaya, Pertandingan 24 Hours Challenge antara inisiatif MOT sempena LIMA 2023


  • Primer
  • Sabtu, 06 Mei 2023

Jana Santhiran Muniayan merasmikan penganjuran LIMA 23 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

BERSEMPENA dengan penganjuran Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA 23), Kementerian Pengangkutan (MOT) menganjurkan aktiviti sampingan iaitu Program Hari Bertemu Pelanggan, Karnival Kerjaya, Pameran Mini dan Majlis Pelepasan Peserta Pertandingan 24 Hours Challenge LIMA 23 bagi menyemarakkan lagi aktiviti promosi LIMA 23.

Dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, penganjuran program yang julung kali digabungkan ini memberi ruang kepada para pempamer yang terdiri daripada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk berinteraksi dengan para pengunjung.

“Sebanyak 45 ruang pameran kerjaya yang melibatkan syarikat dari sektor pengangkutan menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung yang berminat menerokai kerjaya dalam sektor pengangkutan.

“Syarikat-syarikat yang terlibat antaranya adalah Prasarana Malaysia Berhad, Keretapi Tanah Melayu Berhad, (KTMB), Express Rail Link (ERL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Puspakom, Air Asia, Malaysia Airlines Berhad, Port Klang dan syarikat-syarikat dari sektor logistik dan pengangkutan.

Manakala untuk ‘Hari Bertemu Pelanggan’ pula, antara yang terlibat adalah daripada Jabatan dan agensi MOT iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Institut Maritim Malaysia (MIMA),” katanya pada sidang media tersebut.

Dalam pada itu, sesi Pelepasan Peserta Pertandingan 24 hours Challenge LIMA 23 juga turut diadakan.

WhatsApp Image 2023-05-06 at 12.39.25 PM

Majlis pelepasan peserta Pertamdingan 24 Challenge LIMA 23 di Stesen Kuala Lumpur.

Peserta yang terdiri daripada tiga kategori iaitu 10 pasukan orang awam, empat agensi media dan dua individu pempengaruh turut dijemput bagi memeriahkan penganjuran LIMA tahun ini.

Kesemua peserta akan bertolak dari Kuala Lumpur Sentral ke MAHA Tower, Langkawi, Kedah dalam tempoh masa 24 jam menggunakan pelbagai mod pengangkutan awam seperti keretapi, bas, teksi, perkhidmatan e-hailing, feri dan kapal terbang.

Justeru, orang ramai dijemput untuk hadirkan diri ke pameran yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu di Kuala Lumpur Sentral. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram