'King' sudah tiada, Ridzuan Hashim rebah ketika bersarapan bersama anak


  • Massa
  • Khamis, 04 Mei 2023

Allahyarham Ridzuan Hashim meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak ketika sedang bersarapan dengan anaknya.

PELAKON terkenal tanah air, Ridzuan Hashim meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Khabar duka pemergian pelakon berusia 62 tahun dikongsikan bekas isteri Allahyarham, Didie Alias di akaun Instagram peribadinya.

“Saya nak bagi tahu sahabat dan saudara yang mengenali bekas suami saya, Muhammad Redzuan Hasim telah kembali ke rahmatullah.

“Jenazah masih berada di HKL. Selepas ini bakal dikebumikan. Siapa yang masih ada hutang dengannya, tolong maklumkan kepada saya. Assalamualaikum,” katanya dalam sebuah video.

Sementara itu, seorang daripada rakan Ridzuan, Syahril A. Kadir memaklumkan Allahyarham rebah ketika sedang menjamu sarapan bersama anaknya di kediamannya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Arwah disahkan meninggal dunia pada pukul 1.57 petang Khamis," tulisnya menerusi Facebook peribadinya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat petang ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram