SEORANG rakyat Malaysia memulakan misi berjalan kaki secara solo dari Malaysia ke Makkah pada Isnin lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktoknya yang menggunakan nama @herrynizam4, difahamkan lelaki yang kudung tangan kiri memulakan perjalanan tersebut dari Bidor, Perak.
Berdasarkan hantaran dikongsikan, dia memaklumkan akan merentas 12 negara negara melalui jalan darat bermula dengan Thailand sehingga ke Arab Saudi.
Dalam perkongsian terbaharunya pada Khamis, dia memberitahu sudah sampai di Sadau, Thailand, iaitu kawasan selatan negara yang bersempadan dengan Malaysia.
"Assalamualaikum semua sahabat yang saya kasihi, sekarang dah sampai dekat Sadau Thailand, lusa (Sabtu) baru jalan semula ke Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, UAE dan Arab Saudi.
"Doa kalian jambatan buat saya ke rumah ALLAH SWT," tulisnya di TikTok.
Perkongsian terkini oleh @herrynizam mengenai perjalanannya pada Jumaat.
Sejak memulakan perjalanan pada Isnin lalu, @herrynizam dilihat melakukan kemaskini mengenai status perjalanannya dan kedudukannya secara berkala hampir setiap hari di platform sosial media tersebut.
Perkongsiannya mengenai misi tersebut pada lima hari lalu telah mendapat 5.2 juta tontonan dan lebih 260,000 tanda suka.
Berdasarkan peta perjalanan di aplikasi Google Map yang dikongsikan, dia dijangka akan menempuh perjalanan berjalan kaki sejauh lebih 10,000 kilometer untuk tiba ke Tanah Suci.
Anggaran masa diperlukan bagi melengkapkan perjalanan tersebut adalah sekuranyg-kurangnya sebanyak 84 hari sekiraya dilakukan tanpa rehat.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa pengguna TiktTok berkongsikan video mereka terserempak dengan lelaki terbabit yang ketika itu masih sedang berada di dalam negara.
Pada masa sama, rata-rata pengguna sosial media turut menyokong misi lelaki berkenaan yang di samping turut mendoakan kejayaannya.
@herrynizam4
"Berdiri bulu roma saya...semoga ALLAH permudahkan segala urusan mu saudara..." ujar @zaidie Ahmad.
"Alhamdulillah..ni hamba sokong..semoga perjalanan tuan Di permudahkan Dan hamba doakan kejayaan pergi Dan balik nanti..Ammminnn," ujar @Jebat Channel.
"Semoga diberikan kesihatan yang baik bang dan dipermudahkan segala urusan insha-ALLAH," tulis @Matpek90.
Sebelum ini, misi sama juga pernah dijalankan seorang lelaki dari United Kingdom, iaitu Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh kira-kira 6,500 km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Makkah.
Dilaporkan, Adam yang memulakan perjalanannya pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan untuk tiba di Tanah Suci itu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram