Strok haba: Punca kematian 2 budak di Kelantan masih disiasat


  • Primer
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Dr Zaini mengesahkan mengenai perkembangan tersebut pada Jumaat.

PUNCA kematian dua kanak-kanak masing-masing berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada Jumaat.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, Kota Bharu meninggal dunia pada Selasa lepas dipercayai akibat strok haba. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kanak-kanak, strok haba, JKNK, siasatan, Kelantan