CUACA tidak menentu kini melanda negara pada saat ini, dengan siang yang sangat panas dan kering, waktu petang yang terik di beberapa bahagian, diikuti dengan hujan lebat dan ribut petir pada waktu petang di bahagian lain.
Berikutan fenomena tersebut, pakar cuaca berpendapat keadaan tersebut dijangka kekal begitu hingga minggu hadapan atau lebih lama daripada itu.
Beberapa bahagian dalam negeri juga mengalami peningkatan suhu kepada 36 darjah Celcius (°C) pada awal minggu ini dengan Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan suhu akan mencapai 25 °C di kebanyakan lokasi.
Negeri-negeri di Pantai Timur menghadapi kemarau, paras empangan menurun di Pulau Pinang, namun di Lembah Klang, ribut petir pada waktu petang menyebabkan malapetaka, malah tanah runtuh.
Felo di Akademi Sains Malaysia, Dr Fredolin Tangang berkata, ribut petir adalah situasi biasa semasa tempoh antara monsun yang sedang dihadapi negara ketika ini.
“Cuaca panas dan kering yang sedang melanda kini mungkin disebabkan oleh fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO) yang dijangka berterusan selama kira-kira satu atau dua minggu,” katanya pada Selasa.
Ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Lumpur.
Beliau menjelaskan bahawa MJO adalah mod kebolehubahan iklim yang berlaku akibat interaksi atmosfera dan lautan.
“Ia biasanya berlaku sekali dalam tempoh 20 hingga 60 hari. Walaupun ia menyebabkan berlakunya musim panas dan kering di negara kita, perolakan yang dipertingkatkan juga boleh meningkatkan taburan hujan,” katanya.
Beliau juga berkata, negara ketika ini masih dalam tempoh antara monsun antara April dan Mei dengan tiupan angin lebih lemah dan tidak bertiup ke mana-mana arah tertentu.
"Cuaca panas pada waktu siang boleh memberi laluan kepada ribut petir pada sebelah petang, terutamanya di barat Semenanjung dan Lembah Klang," katanya.
Menurut MetMalaysia, Perlis dijangka mencapai suhu 35°C sehingga 1 Mei, manakala Kelantan, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur dijangka berada pada sekitar 34°C dalam tempoh sama.
Paras air di Empangan Air Itam di Pulau Pinang menurun ke paras 45.3 peratus pada 19 April lalu.
Negeri-negeri lain, termasuk Sabah dan Sarawak, akan purata sekitar 33 °C pada siang hari pada minggu akan datang atau lebih.
Suhu malam dijangka secara purata mencatatkan suhu pada 24°C di Perlis, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Melaka sepanjang minggu.
Manakala, suhu pada waktu malam di negeri yang selebihnya diramalkan menjadi 23°C secara purata dengan Sabah, khususnya, dijangka turun sehingga 22°C.
Sementara itu, Pensyarah kanan di Jabatan Geografi Universiti Malaya (UM), Dr Sheeba Chenoli turut mengaitkan cuaca semasa dengan MJO.
Beliau berkata, cuaca dijangka menjadi lebih kering kerana tempoh antara monsun memberi laluan kepada monsun barat daya.
Katanya, fenomena tersebut bukan hanya di Malaysia, malah ia turut dirasai di negara lain di rantau ini, khususnya Laos, Thailand dan Myanmar.
Tambah beliau, negara-negara tersebut dijangka mengalami keadaan yang lebih kering dalam beberapa bulan akan datang.
Selain itu, Pakar Meteorologi dan Klimatologi di UM, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, cuaca dijangka kekal panas, khususnya di utara Semenanjung Malaysia.
“Kedah dan Perlis kini mengalami cuaca panas dengan pagi tanpa awan dan ribut petir pada waktu petang,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram