Paip pecah punca tanah runtuh di hadapan Akademi SPRM, berpuluh kenderaan staf terperangkap


  • 112
  • Selasa, 25 Apr 2023

Kejadian tanah runtuh berlaku di hadapan pintu masuk akademi SPRM pada Selasa. — Bernama

SERAMAI 76 petugas pentadbiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu pada Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, E. Yogeswaran berkata, lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.54 tengah hari.

"Terdapat tanah runtuh di hadapan pintu masuk akademi milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan. Keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.

"Mangsa seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipindahkan ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, unit cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Jabatan Kerja Raya berada di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

Berdasarkan maklumat awal pada masa ini, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat paip pecah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram