Gegaran gempa bumi di Sumatera jam 4 pagi, Malaysia turut rasai gegaran


  • Massa
  • Selasa, 25 Apr 2023

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

GEGARAN gempa bumi di Indonesia pada awal pagi Selasa turut dirasai di kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan gegaran itu berlaku selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi Selasa.

Bagaimanapun, METMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram