Baju Raya Rahmah beri rakyat merasa pakai baju baharu di pagi Syawal


  • Massa
  • Selasa, 25 Apr 2023

Walaupun dikatakan Baju Raya Rahmah, namun baju yang dijual adalah berkualiti. —Gambar hiasan

KONSEP Rahmah sudah pasti mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan masyarakat kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik.

Menjelang musim Aidilfitri, Baju Raya Rahmah diperkenalkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli busana baru bagi meraikan hari raya.

Pastinya, ibu bapa paling gembira apabila mengetahui kemunculan Baju Raya Rahmah, malah ianya disambut baik gedung tekstil terkemuka dan pasar raya.

Antaranya, Mydin, F.O.S, jenama tempatan seperti Liyana Collection (LYC), Nabella Butik, Duchess Exclusive dan Qamraa.

Walaupun dilabel sebagai Baju Raya Rahmah, namun baju yang dijual sama kualiti seperti di butik-butik mewah.

Kini pebagai inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat termasuklah memperkenalkan Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Baju Raya Rahmah, Tol Rahmah dan Simen Rahmah.

Pendek kata, sudah pasti golongan B40 mampu untuk membeli apa jua keperluan yang 'dirahmahkan'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram