KEISTIMEWAAN juadah hari raya merupakan antara keunikan perayaan Aidilfitri di Malaysia.
Disebabkan itu, agak tidak sempurna sekiranya sambutan hari kebesaran umat Islam itu tidak diraikan dengan santapan aneka makanan yang sudah menjadi tradisi sejak turun-temurun.
Tidak ketinggalan untuk merasasi sendiri kelazatan juadah tradisional hari raya ialah Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.
Menerusi perkongsian video dibuat Kedutaan Jepun di Malaysia, Takahashi mengambil peluang untuk mencuba buat pertama kali tiga makanan tradisi masyarakat Malaysia sempena sambutan Aidilfitri.
"Saya dengar ini adalah makanan mesti ada semasa raya, jadi saya sangat teruja," katanya.
Takahashi mencuba dodol buat kali pertama.
Tiga juadah yang dicuba adalah lemang bersama rendang, dodol dan wajik.
Memberikan reaksi ketika menikmati hidangan rendang yang dimakan bersama rendang, beliau berkata, walaupun pedas, ia sangat enak.
"Saya sentiasa mengalu-alukan makanan pedas di Malaysia," ujarnya.
Bagi juadah dodol pula, Takahashi berkata, beliau sangat menyukainya kerana teksturnya yang sangat kenyal.
Pada masa sama, beliau juga menikmati rasa manis yang diberikan dalam sajian wajik.
Dalam pada itu, kesempatan tersebut turut digunakan Takahashi untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Semoga Aidilfitri kali ini membawa anda dan orang tersayang keceriaan, rahmat dan ketenangan," katanya yang mula bertugas di Malaysia pada tahun 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram