'Makan tu share la, jangan bolot seorang,' Syed Saddiq kongsi 3 nasihat sambut raya sambil jaga kesihatan dan keselamatan


  • Massa
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Tangkap layar video Syed Saddiq di Instagram beliau pada Sabtu.

RAKYAT Malaysia pada Sabtu menyambut Hari Raya Aidilfitri yang diraikan secara meriah sambil menikmati pelbagai hidangan dan berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Tidak dilupakan, ada juga yang bermain bunga api dan mercun sebagai penyeri musim perayaan tersebut.

Dalam meraikan kemeriahan Aidilfitri ini, Ahi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberikan tiga nasihat kepada rakyat yang menyambut perayaan tersebut.

Beliau menerusi satu hantaran video di Instagram menasihatkan rakyat untuk menikmati juadah raya secara berpada-pada dan tidak berlebihan.

"Ingat, makan tu share-share la, jangan bolot sorang-sorang je walaupun sedap. Kesihatan itu keutamaan.

"Kedua, bila dah balik beraya, jangan lupa bersenam. Nanti perut boroi. Healthy body is a healthy mind," katanya dalam video tersebut pada Sabtu.

Akhirnya, Syed Saddiq turut menegaskan agar ibu bapa memantau anak-anak yang bermain mercun dan bunga api.

Katanya, ramai kanak-kanak yang mengalami kecederaan akibat permainan tersebut sebelum Syawal menjelma.

"And remember, take care and take care of your children.

"Selamat hari raya, maaf zaihr dan batin, Sampaikan salam saya kepada kawan dan keluarga," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram