'Tak payah pandai-pandai, ikut je,' TikToker kongsi pengalaman imam lupa takbir ketika solat sunat Aidilfitri


  • Tular
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Umat Islam sedang bertakbir sempena menyambut Syawal.

DI sebalik kemeriahan umat Islam meraikan 1 Syawal pada Sabtu, ada sahaja kisah lucu yang dikongsikan oleh warganet yang berlaku di sebuah masjid ketika ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Pengguna akaun TikTok dengan nama @abdullahjamdi menerusi videonya menceritakan imam di masjidnya terlupa untuk melafazkan takbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua solat sunat Aidilfitri.

Apa lagi, kejadian tersebut membuat para jemaah kelam-kabut dan mula beristigfar untuk mengingatkan imam tersebut.

"Ada pula jemaah lain yang pandai-pandai (lafaz) takbir sendiri, tok imam tak takbir, dia yang takbir.

"Jadi dalam kes ini macam mana? Kau tak payah pandai-pandai takbir, ikut sahaja tok imam sebab takbir lima dan tujuh kali itu (hukumnya) sunat, tak wajib pun," katanya dalam video tersebut.

Dia dalam video sama turut mengingatkan mana-mana imam yang memimpin solat sunat Aidilfitri tersebut untuk berhati-hati ketika melaksanakan ibadah berkenaan.

Video tersebut dipercayai dimuatnaik, seorang imam yang memimpin solat sunat Aidilfitri pada pagi Sabtu di Jerantut, Pahang apabila terpaksa mengulangi ibadah tersebut selepas tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Kekhilafan tersebut turut mengakibatkan kira-kira 3,000 jemaah lain terpaksa melakukan solat itu untuk kali kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram