[VIDEO] Peniaga kena 'scam' jualan Aidilfitri batal saat akhir di WTC, Boy Iman didakwa terlibat tidak bayar sewa tapak


  • Tular
  • Khamis, 20 Apr 2023

Tangkap layar video memaparkan Yusuf (kiri) sedang berbincang dengan wakil penganjur berkenaan isu pembatalan Hooray X Raya Fest di WTCKL yang melibatkan kerugiaan peniaga-peniaga acara berkenaan. — TikTok/yusufazmiofficial

HATI peniaga mana yang tidak marah apabila satu acara jualan Aidilfitri, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang sepatutnya bermula pada 19 hingga 21 April dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang makluman.

Perkara tersebut menyebabkan lebih 250 vendor bagi acara berkenaan tidak boleh menjalankan aktiviti jualan di lokasi berkenaan dan mengalami kerugian yang besar walaupun membayar sewa penuh tapak niaga bermula pada harga RM1,500 hingga RM12,000 untuk ketiga-tiga hari tersebut.

Video kemarahan peniaga-peniaga tersebut tular di aplikasi TikTok menerusi akaun Semboyan Malaysia pada Rabu yang memaparkan golongan tersebut bertikam lidah dengan pihak penganjur yang dikatakan gagal melunaskan bayaran sewa tapak kepada pihak WTC.

Dalam video berdurasi dua minit 49 saat itu memaparkan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi dan wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hadir ke WTC untuk bertemu dengan wakil penganjur serta peniaga-peniaga yang teraniaya akibat pembatalan acara tersebut.

"Siapa yang gila sangat sampai boleh buat orang datang berniaga dalam keadaan acara tersebut dibatalkan pada hari sama,"

"Awak buat acara yang melibatkan crowd funding, kalau bukan crowd funding okey. Tapi (bila) awak buat crowd funding, kenapa awak tak ada modal tapi awak buat (acara jualan)? Ini mesti tiada modal," kata Yusuf dalam video tular berkenaan.

file70r5yjsvzeueyn0zit

Boy Iman.

Dalam masa sama, salah seorang daripada penganjur tersebut, Nourul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman turut dihubungi Yusuf pada Rabu bagi mendapatkan penjelasan penuh berkenaan insiden tersebut, namun dia mematikan telefon ketika disoal tentang perkara tersebut.

Bagaimanapun, Boy Iman menerusi satu hantaran di Instagram pada tengah malam Rabu memaklumkan beliau tidak layak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan acara tersebut kerana dirinya boleh dikenakan tindakan oleh syarikat tempat beliau bekerja.

Beliau katanya turut mewakili Kelab Usahawan Selebriti Malaysia sebagai rakan strategik untuk acara jualan berkenaan bagi membantu ahli-ahlinya berniaga dalam karvival tersebut.

"Saya juga bersedia untuk disiasat oleh pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa mengikut lunas yang ditetapkan dalam Perlembangaan negara kita.

"Saya memberi amaran keras kepada semua pihak untuk tidak menyebut, menulis, komen, memutarbelit, menokok tambah sebarang berita, cerita, fakta yang tidak sahih berkenaan saya," katanya dalam hantaran tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram