[VIDEO] Pandu melulu hingga rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Persekutuan, polis buru pemandu terlibat


  • 112
  • Selasa, 18 Apr 2023

Tangkap layar video tular mengenai insiden tersebut pada Selasa.

SEBUAH kenderaan dipandu secara melulu terlibat dalam satu kemalangan sehingga merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Persekutuan berdekatan susur keluar Subang, di Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Dalam satu video tular dikongsikan pengguna lebuh raya tersebut, kenderaan terbabit didapati mengalami remuk teruk dipercayai selepas terbabas dalam kejadian itu.

Beberapa pengguna lain yang lalu di tempat kejadian dilihat turut segera cuba membantu mengeluarkan pemandu keluar daripada kenderaan tersebut.

@syideeyusof Kemalangan di federal highway exit subang. Please guys bawa keta hati2. selamat la pemandu & sorang penumpang selamat. #excidendfederal #fyp ♬ original sound - Syidee Yusof

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kenderaan jenis Toyota Vios terbabit dipandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di lokasi kejadian.

"Polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan berkaitan kemalangan itu dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya Inspektor M.Sivam di talian 0173290749 atau 0379662222," kata beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram