JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan negeri tersebut akan dilanda fenomena gerhana matahari separa akan berlaku pada Khamis ini bermula jam 11.05 pagi hingga 12.47 tengah hari.
JAIS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kemuncak gerhana berkenaan dijangka berlaku pada jam 11.55 pagi pada hari sama.
Oleh itu, pihaknya menyeru umat Islam mengambil kesempatan tersebut untuk melaksanakan solat sunat gerhana bersempena fenomena tersebut.
"Antara hikmah dan kebaikan disunatkan mendirikan solat sunat gerhana ialah menginsafi kekuasaan ALLAH SWT terhadap penciptaan alam agar sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan, selain memohon keampunan terhadap segala dosa yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak.
"Ia turut memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran dan memandu manusia mentauhidkan ALLAH SWT dengan meninggalkan amalan khurafat semasa gerhana, dan mendapat ganjaran pahala kerana melaksanakan ibadah mengikut sunnah Rasulullah SAW," katanya pada Isnin.
Untuk rekod, kali terakhir fenomena tersebut berlaku di Malaysia ialah pada 21 Jun 2020 ketika umat Islam sedang meraikan lebaran pada 29 Syawal 1441 Hijrah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram