Gambar mengemis jadi modal politik, rupanya Piya dapat rezeki baharu


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Tangkap layar sedutan dikongsikan memaparkan lakonan Piya dalam filem tersebut.

BAGI peminat bola sepak tanah air, nama Mohd Badhri Radzi atau Piya bukanlah asing lebih-lebih lagi dalam kalangan penyokong kelab bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Ini kerana sebagai kapten, dia merupakan tonggak utama di belakang pasukan berpengkalan di Pantai Timur itu ketika ia berada di era keemasannya dalam Liga Malaysia (M) antara musim 2009 hingga 2013.

Sebagai perancang tengah TRW, Piya berjaya membawa pasukan memperolehi tujuh kejuaraan di peringkat domestik apabila merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak dua kali, Piala FA (dua kali), Piala Malaysia (dua kali) dan Piala Sumbangsih (satu kali).

Namun begitu, seperti mana perjalanan mana-mana pemain bola sepak, prestasi ditunjukkan perancang tengah legenda itu yang juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan turut merekodkan penurunan selari dengan kemerosotan prestasi pasukan Kelantan.

Selepas lebih hampir sedekad menyumbang jasa bersama pasukan Cik Siti Wan Kembang, dia akhirnya meninggalkan skuad TRW yang ketika itu beraksi di Liga Perdana pada 2019.

WhatsApp Image 2023-04-13 at 5.21.46 PM

Piya merupakan bintang tengah yang mengemudi Kelantan mendominasi Liga M sekitar 2009 hingga 2013.

Dengan umur yang semakin meningkat, Piya kemudiannya meneruskan karier bersama pasukan beraksi di divisyen bawahan Liga M iaitu Perlis FA (Piala FAM) dan Kelantan United, iaitu kelab terkahirnya yang ketika itu menghuni Liga M3 pada 2019.

Walaupun belum mengumumkan persaraannya, dia yang sudah mencecah usia 40 tahun kini tidak lagi bersama mana-mana kelab yang beraksi di Liga M.

Pada masa sama, pemain tengah tersebut sentiasa mengemaskini perkembangan terkini dan aktiviti harian melalui sosial media, Instagramnya yang menggunakan nama captain_piya16.

Namun begitu, tular sekeping gambar di Facebook baru-baru ini memaparkan keadaan Piya yang dilihat seolah-olah sudah jatuh miskin dan menjadi gelandangan.

badhri 2

Gambar tular yang menggunakan tangkap layar daripada babak lakonan Piya untuk digunakan sebagai modal politik. — Facebook/HafizuMohamedNoor

Gambar tersebar itu menunjukkan keadaannya yang sangat jauh berbeza ketika waktu kemuncak semasa beraksi bersama pasukan bola sepak Kelantan.

Malah ada juga pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar tersebut untuk modal politik bagi menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kelantan tidak mengambil berat kebajikan bekas pemain bola sepak negeri tersebut.

Namun begitu, gambar tular berkenaan rupa-rupannya adalah sebahagian daripada sedutan daripada filem bertajuk Satu Hari Sebelum Raya arahan pengarah muda, Syahmi Saz.

Dalam filem yang sudah mula ditayangkan sejak 6 April lalu itu, Piya dilihat diberikan peranan sebagai pelakon tambahan yang memegang watak sebagai gelandangan.

Dia turut berkongsikan sedikit sedutan daripada lakonannya itu di Instagramnya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan memmuji dan teruja melihat lakonan Piya dalam filem berkenaan.

"Mintak sign eh, kapten sekarang dah jadi artis," tulis ak1zakiamani.

"Sabar kapten, kemah lakonan," ujar aidiriphotography.

"Ni haa, abe ya dah jadi pelakon dah sekarang ini. Captain Marvels," kata aizuddin.ahmad.104. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram