[VIDEO] 'Umno Sungai Besar tak amal rasuah, tuduhan berniat jahat,' Jamal selar dakwaan sogok 24 perwakilan


  • Politik
  • Rabu, 12 Apr 2023

Jamal (tengah) bersama beberapa ahli perwakilan yang tampil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus menegaskan pihaknya tidak merasuah 24 ahli perwakilan supaya mengundinya bagi mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan Umno Mac lalu.

Beliau pada Rabu hadir bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin ke Menara Dato' Onn selepas dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno berkenaan tuduhan kegiatan terbabit.

Bagaimanapun Jamal berkata, tuduhan terbabit dilakukan untuk menjatuhkan nama baik Umno Bahagian Sungai Besar dan berniat jahat.

"Saya tidak mahu mendedahkan siapa pengadu tersebut kerana panel Lembaga Disiplin meminta agar identiti individu terbabit dirahsiakan.

"Namun saya mengambil kira beberapa kenyataan awal oleh individu terbabit menyerang saya dalam media massa, beliau juga pernah menjadi Menteri Besar. Tak kan dia tidak tahu apa yang boleh dibuat dan sebaliknya," katanya ketika sidang media di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.

qm

Jamal (tengah) bersama beberapa ahli perwakilan yang tampil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Jamal, seramai 15 perwakilan turut hadir untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno berserta akuan bersumpah (SD) yang ditandatangan sebagai bukti mereka tidak menerima sogokan daripada beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kemenangannya terus memegang jawatan sama untuk dua penggal sebelum ini adalah bukti kepercayaan ahli perwakilan bahagian Sungai Besar terhadapnya.

Katanya, pemilihan Umno itu ia dilakukan dengan bersih, dan mengikut peraturan dalam Perlembagaan Umno.

"Apa yang kita (tunjukkan) di Sungai Besar dari tahun ke tahun adalah khidmat bakti kita, sebab itu saya mengekalkan kemenangan saya untuk kali ketiga kerana khidmat saya berterusan, bukan sekadar touch and go.

"Pada pemilihan lalu tahun 2018, saya tidak ada di kawasan pun (Sungai Besar), tapi boleh menang majoriti dengan lebih 200 undi. Sungai Besar memang ikut peraturan, mereka yang kecoh di luar sana adalah mereka yang kalah (dalam Pemilihan Umno pada Mac)," katanya.

Mengulas lanjut tentang pertemuan pada Rabu, Jamal memaklumkan pihaknya melantik seorang peguam untuk menyediakan tuntutan terhadap pengadu terbabit.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuat laporan polis berkenaan tuduhan tersebut yang memburukkan imejnya dan nama baik Umno Bahagian Sungai Besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra