Sekolah mula cuti pada 19 April sempena Aidilfitri — Fadhlina Sidek


  • Primer
  • Selasa, 11 Apr 2023

Fadhlina mengumumkan sesi persekolahan mula bercuti pada 19 April sempena Aidilfitri. — Awani

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram