Enam syarikat, 527 penerbangan tambahan Aidilfitri ini, naik lebih 40 peratus banding tahun lalu — MOT


  • Primer
  • Sabtu, 08 Apr 2023

MOT memaklumkan pihaknya bersama MAVCOM turut melaksanakan langkah intervensi apabila kapasiti yang dtawarkan syarikat penerbangan tambang rendah tidak mencukupi dengan mengadakan perbincangan bersama MAB.

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) meluluskan 527 penerbangan tambahan sempena Aildilfitri tahun ini.

Ia melibatkan perkhidmatan penerbangan daripada enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.

Dalam satu kenyataan, MOT memaklumkan jumlah tersebut merupakan peningkatan 43 peratus lebih tinggi berbanding kapasiti tambahan yang ditawarkan pada musim perayaan tahun lalu.

Menurutnya, langkah diambil bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) itu bertujuan menampung permintaan tinggi ketika musim perayaan membabitkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

"Sejak awal bulan Mac, MOT dan Mavcom telah mengambil langkah proaktif dan menggalakkan syarikat penerbangan untuk menawarkan harga penerbangan berpatutan.

"Mavcom telah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airlines menawarkan 184 penerbangan tambahan, Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10).

Penerbangan tambahan itu melibatkan 118 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, Tawau (70), Sandakan (32), Kuching (102), Sibu (34), Miri (20) dan Bintulu (14).

Malaysia Airlines is on standby at KLIA to mobilise medical staff and professionals across the country. — AZHAR MAHFOF/The Star (25/3/2020)

Perkhidmatan penerbangan tambahan itu membabitkan enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.

Menurut MOT, Mavcom turut meluluskan penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi bagi menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.

"Tiket tambang tetap tersebut telah dijual dengan pantas. Malah, tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket yang berbaki,” menurut MOT.

MOT memaklumkan pihaknya bersama Mavcom turut melaksanakan langkah intervensi apabila kapasiti yang dtawarkan syarikat penerbangan tambang rendah tidak mencukupi dengan mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Menurut MOT, langkah itu membawa kejayaan apabila MAB bersetuju meningkatkan kapasiti penerbangan iaitu 40 penerbangan menggunakan pesawat Airbus A330 bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

"Penambahan kapasiti ini membantu menurunkan harga tambang sebelum ini,” menurut MOT.

MOT berkata, langkah itu merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang dijadualkan beroperasi di Semenanjung Malaysia, 2,149 penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 2,033 antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram