Covid-19: Bukan Islam lebih ramai bercerai, perkahwinan pasangan Islam meningkat


  • Massa
  • Sabtu, 08 Apr 2023

Pusat nasihat undang-undang dan kaunseling menerima lebih 30 kes wanita memohon cerai setiap bulan.

PANDEMIK memberi kesan sama ada positif atau negatif terhadap sesebuah hubungan dalam rumah tangga kerana bagi sesetengah individu, meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan akan mengeratkan lagi hubungan mereka.

Namun begitu,sepanjang musim Covid-19, terdapat pasangan lain menyedari bahawa mereka tidak lagi serasi dan memutuskan untuk berpisah.

Trend tersebut menunjukkan statistik perkahwinan dan penceraian di Malaysia iaitu perkahwinan bagi Islam meningkat namun penceraian menurun. Manakala, perkahwinan bagi bukan Islam berkurangan dan penceraian meningkat.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, keseluruhan perkahwinan meningkat sebanyak 15.4 peratus pada 2021 namun penceraian menurun sebanyak 7.1 peratus iaitu perkahwinan orang Islam meningkat sebanyak 21 peratus manakala penceraian menurun sebanyak 16.4 peratus.

Bagaimanapun, ia tidak begitu memberangsangkan bagi golongan bukan Islam kerana perkahwinan bukan Islam turut menurun sebanyak 4.7 peratus dan penceraian meningkat sebanyak 30.4 peratus.

Sudah pasti pandemik menjadi faktor hubungan kekeluargaan terjejas. Namun begitu, terdapat juga beberapa faktor mempengaruhi penceraian antaranya ketidakstabilan ekonomi, hilang pekerjaan dan tekanan lain yang berkaitan dengan pandemik tersebut.

ceraiiiiii covid

Ibu bapa lebih memilih untuk bercerai berbanding memikirkan perasaan anak mereka yang terganggu.

Oleh itu, bagi mereka yang mengalami masalah hubungan semasa wabak,disarankan untuk mendapatkan sokongan daripada kaunselor atau ahli terapi yang dipercayai boleh membantu.

Di samping itu, pasangan boleh berusaha untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan berkomunikasi secara terbuka, meluangkan masa bersama dan mencari cara untuk mengutamakan hubungan walaupun menghadapi cabaran berkenaan wabak itu.

Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Ng Geok Chee berkata, pusat nasihat undang-undang dan kaunseling di bawah KLSCAH menerima lebih 30 kes wanita memohon cerai setiap bulan dengan lebih 50 peratus daripada mereka berpunca daripada masalah kewangan dalam keluarga.

"Faktor utama yang menyumbang kepada penceraian wanita di Malaysia ialah masalah kewangan terutamanya dalam kalangan wanita yang berumur lingkungan 30 dan 40. Namun, bilangan wanita yang ingin bercerai akibat keganasan rumah tangga semakin berkurang iaitu 50 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Dalam kes yang dikendalikan, saya mendapati wanita antara 30 dan 40 tahun tidak bimbang dan ingin bercerai dengan cepat," katanya.

Ng menggariskan tiga faktor wanita inginkan penceraian berdasarkan analisis kes kaunseling iaitu fenomena sosial di mana lebih lebih ramai lelaki berbanding wanita dan ia beransur-ansur berubah selain golongan wanita tidak lagi malu untuk berhadapan dengan keluarga dan rakan-rakan selepas bercerai.

Selain itu, kesaksamaan sosial untuk lelaki dan wanita sedang ditingkatkan kerana apabila wanita digalakkan untuk memasuki bidang pekerjaan, minda dan pendidikan mereka akan berubah serta membesarkan anak-anak menjadi tanggungjawab bersama pasangan bukan yang bergelar ibu.

Faktor ketiga ialah peningkatan kes penceraian berpunca daripada kurangnya kesedaran nilai kekeluargaan yang kukuh dalam masyarakat.

Menerusi perkongsian seorang pemandu e-hailing, Brian Lee,34, dia telah berkahwin selama lima tahun tetapi isterinya memfailkan penceraian akibat dia kehilangan pekerjaan terdahulu , selain keadaan kewangan semakin teruk ketika musim pandemik.

"Disebabkan saya tidak dapat memenuhi keperluannya, dia memilih untuk menamatkan hubungan kerana dia memikirkan jaminan masa depan.

"Selepas saya kehilangan pekerjaan, saya memilih untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing kerana ia dapat mengekalkan kehidupan saya," katanya.

Selain itu, Mandy,30, seorang doktor yang mendirikan rumah tangga selama empat tahun turut bercerai dengan suaminya kerana berbeza pendapat walaupun sebelum itu telah bersama tujuh tahun apabila berkahwin pada 2019.

"Corak hidup kami jadi tidak menentu semasa pandemik kerana terpaksa menghabiskan lebih masa di hospital memandangkan profesion kami adalah sama.

"Akibat tiada komunikasi di rumah dan mempunyai sedikit masa untuk berjumpa, saya memilih untuk bercerai pada tahun lalu," kongsinya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram