Kerat dan sumbat mayat tak cukup sifat dalam beg hitam tepi Lebuhraya PLUS Rawang, rakyat Nepal didakwa membunuh


Media sebelum ini melaporkan, satu mayat tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan orang awam bersama sebuah beg hitam di kawasan tepi Lebuhraya PLUS dekat Rawang, Selangor. — PDRM

SEORANG lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.

Santosh Magar, 25 tahun, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Nepal di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.

bunuh 2

Kepala, sepasang kaki dan tangan ditemukan di dalam beg tersebut yang dicampak di tepi sebuah lebuh raya.

Mengikut pertuduhan, Santosh didakwa membunuh Raj Kar Ki, 48, di KM447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Sungai Buloh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini media melaporkan, satu mayat tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan orang awam bersama sebuah beg hitam di kawasan itu.

Kepala, sepasang kaki dan tangan ditemukan di dalam beg berkenaan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mahkamah, bunuh, Nepal, bagasi, mayat