[VIDEO] Tergoda harga tinggi jual organ, remaja sanggup bunuh budak 11 tahun


  • Benua
  • Khamis, 12 Jan 2023

Kedua-dua supek mengaku tergoda dengan harga jual organ manusia yang tinggi sehingga sanggup membunuh mangsa. — Agensi

DUA orang remaja sanggup bertindak kejam membunuh seorang kanak-kanak lelaki gara-gara tergoda dengan iklan jual beli organ di internet.

Mangsa dikenali MFS, berusia 11 tahun pada mulanya diculik dulu oleh salah seorang daripada suspek sebelum dibunuh di Bandaraya Makassar, Indonesia.

Ketua Polis Panakkukang, Abdul Azis mendedahkan, kedua-dua remaja lelaki berkenaan mengaku menculik serta membunuh mangsa kerana taksub dengan laman jual beli organ manusia yang menawarkan harga tinggi.

"Melalui maklumat awal soal siasat terhadap kedua-dua supek yang merupakan pelajar sekolah menengah, mengaku tergoda dengan harga jual organ manusia.

“Mereka tertarik dengan tawaran laman jual beli organ manusia, Y***x yang menawarkan harga tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Azis, suspek bernama AD datang menaiki motosikal ke pasar mini di Jalan Batua Raya, Bandaraya Makassar untuk menculik mangsa.

AD pada waktu kejadian berpura-pura meminta mangsa untuk membersihkan rumahnya dengan bayaran upah sebanyak RM14.19 (Rp 50.000).

Mangsa bersetuju dengan tawaran tersebut dan terus mengikut suspek.

Selepas berjaya memperdaya kanak-kanak itu ke rumah suspek, mangsa diminta menunggu sambil menonton komputer riba.

Melihat mangsa yang leka, suspek mengambil peluang mencekik mangsa dari belakang sebelum menghentak kepalanya ke dinding sebanyak lima kali hingga meninggal dunia.

photo_2023-01-12_11-09-22

Mayat mangsa dibungkus di dalam plastik hitam dan dibuang di tempat yang sunyi. — Agensi

Azis berkata, selepas MFS meninggal dunia, kedua-dua supek hilang akal kerana ketika menawarkan organ untuk dijual, AD mengakui tidak mendapat sambutan daripada bakal pembeli.

“Selepas mangsa meninggal dunia, mereka kemudian mengikat kakinya dan memasukkannya ke dalam beg plastik hitam.

“Disebabkan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, suspek kemudian bertindak membuang mayat mangsa di Pemeriksaan Pam Timur Waduk Nipa-Nipa, Moncongleo, Kabupaten Maros,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram