Bekas speaker DUN Selangor, Onn Ismail meninggal dunia


  • Primer
  • Rabu, 05 Apr 2023

Datuk Seri Onn Ismail dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tan Sri Onn Ismail dilaporkan meninggal dunia di usia 84 tahun kira-kira pukul 7.15 malam pada Rabu.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan anaknya, Datin Paduka Norhayati Onn.

Menantunya, Datuk Faizal Abdullah mantan Ketuan Pemuda Umno Kapar berkata, Allahyarham memang sudah lama menghidap penyakit tenat dan arwah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum waktu berbuka puasa.

"Arwah meninggal sekitar pukul 7.15 malam di kediamannya dan kini proses pengurusan jenazah akan dilakukan.

"Jenazah akan dikebumikan pada keesokan hari dan lokasi masih belum ditentukan buat masa sekarang," ujarnya kepada Majoriti.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Sementa dan Selat Kelang dan berkhidmat selama lapan penggal.

Onn juga pernah dilantik menjadi Speaker DUN Selangor selama tiga penggal.

Selain itu, dalam dunia politik, beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Umno. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram