[VIDEO] Lebih 20 minit berpaut pada kenderaan, 3 sekeluarga terselamat kereta terjunam dalam takungan di Kepong


  • Massa
  • Selasa, 04 Apr 2023

Bomba ketika sedang berusaha mengeluarkan ketiga-tiga mangsa terbabit daripada kolam takungan banjir di Taman Pusat Kepong pada Selasa.

ANGGOTA bomba bergegas menyelamatkan tiga sekeluarga selepas kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam kolam takungan banjir.

Kejadian itu berlaku di Bulatan Mergastua di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan bantuan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.40 tengah hari.

Dalam insiden terbabit, pemandu telah hilang kawalan ke atas kereta itu, sebelum kenderaan tersebut menjunam ke dalam takungan berkenaan.

Ketika tiba di tempat kejadian, anggota penyelamat menemui sebuah kereta yang hampir tenggelam dan mangsa yang merupakan tiga warga asing, berpaut pada kenderaan itu untuk terus terapung.

“Kedua-dua individu dewasa itu tidak cedera tetapi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang terlibat mengalami kecederaan ringan.

“Mereka semua diselamatkan pada pukul 1 tengah hari dan kanak-kanak yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Selasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram