12,800 doktor kontrak diberi jawatan tetap dalam tempoh 3 tahun


  • Primer
  • Selasa, 04 Apr 2023

Anwar mengumumkan, seramai 12,800 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap. — Bernama

SERAMAI 12,800 doktor kontrak dijangka akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan melalui Bajet 2023 memperuntukkan sejumlah RM19.7 bilion dalam emolumen, yang menyaksikan peningkatan RM3 bilion daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Daripada peruntukan tambahan RM3 bilion ini, RM1.2 bilion diperuntukkan untuk kenaikan gaji, RM600 juta untuk pelantikan kontrak dan RM1.1 bilion untuk penyerapan ke jawatan tetap.

“Bagi 2023, ia bermakna sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan untuk mengambil lebih ramai doktor kontrak dan untuk menyerap yang sedia ada ke jawatan tetap,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau Ahli Perlimen Tuaran di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dengan peruntukan itu, Anwar berkata, seramai 12,800 doktor kontrak akan memegang jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun.

“Tahun ini kami telah menyerap 4,300 doktor kontrak ke jawatan tetap.

“Saya harap semua orang dapat memahami bahawa kami tidak berniat untuk memandang rendah permintaan doktor kerana mereka telah berkhidmat dengan baik buat kami,” tambahnya.

Anwar juga mengumumkan elaun atas panggilan akan dipanjangkan kepada pegawai perubatan yang bertugas di enam klinik kesihatan awam yang terlibat dalam projek pengurangan kesesakan itu.

Pelanjutan waktu operasi di klinik adalah antara inisiatif Kementerian Kesihatan untuk menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram