Siasat video mencurigakan anggota terima 'sesuatu', IPD Sandakan tak teragak-agak ambil tindakan


  • 112
  • Rabu, 29 Mac 2023

Tangkap layar insiden mencurigakan melibatkan beberapa anggota polis di Sandakan, Sabah.

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Sabah mengesahkan menerima aduan berhubung sebuah klip video tular di media sosial membabitkan anggotanya dipercayai menerima sesuatu daripada seorang individu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada sebarang salah laku oleh anggota berkenaan.

"Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas ke atas anggota terlibat dan juga pihak pemberi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abdul Fuad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu mohon berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan Asisten Superintendan Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Dalam klip video berdurasi 16 saat itu menunjukkan dua anggota polis lelaki dan dua lelaki awam, yang seorang daripada lelaki awam itu menghulurkan sesuatu kepada seorang daripada anggota polis terbabit dalam keadaan mencurigakan di luar sebuah lot kedai dengan bidai ditutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram