Insiden kekecohan imam kena serang di masjid Pahang babitkan individu kurang siuman


  • Tular
  • Ahad, 26 Mac 2023

Tangkap layar video tular membabitkan insiden kekecohan itu pada Ahad.

INSIDEN serangan terhadap seorang imam yang sedang mengetuai solat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang pada Ahad adalah membabitkan seorang individu yang kurang siuman.

Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut berlaku ruangan solat lelaki di masjid berkenaan pada jam 6.18 pagi Ahad.

Bagaimanapun katanya, insiden berkenaan tidak melibatkan sebaran kecederaan atau kerosakan harta masjid.

"Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghentikan penularan video berkenaan demi kebaikan banyak pihak.

"Setelah pengumuman ini dibuat pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan peyebaran video tersebut," menurut kenyataan itu.

Majoriti sebelum itu melaporkan mengenai satu satu video pada Ahad memaparkan kejadian seorang imam diserang oleh seorang lelaki ketika sedang mengetuai solat jemaah di dalam masjid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram