MASJID merupakan tempat suci umat Islam yang mana, di dalamnya sepatutnya berlangsung aktiviti keagamaan dan ibadah.
Namun, kesucian institusi itu tercemar selepas berlaku keganasan di dalamnya.
Baru-baru ini, seorang imam masjid diserang ketika sedang mengimamkan solat Maghrib di Masjid Ar Rahman, dekat Pondok Gede, Bekasi, Indonesia.
Video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan, suspek menyerang imam tersebut dengan memukulnya dari arah belakang.
Jemaah yang berada di tempat kejadian kemudian dilihat membantu meleraikan serangan tersebut.
Serangan tersebut sekali gus menyebabkan solat Maghrib para jemaah di masjid itu tergendala.
Difahamkan, imam berkenaan sama sekali tidak mengenali suspek yang menyerangnya.
Sementara itu, Ketua Polis Pondok Gede, Herman Edco berkata, pihaknya sudah mengerahkan anggota ke lokasi kejadian untuk siasatan.
Sehingga ini, katanya, polis masih belum menerima laporan daripada mangsa.
"Kami masih lagi menyiasat perkara ini.
"Kami juga sedang berbincang dengan mangsa untuk membuat laporan polis," katanya,
Tambahnya, pihaknya juga sudah mengambil maklumat daripada keluarga suspek, manakala hasil siasatan mendapati suspek mengalami kemurungan dan gangguan mental.
Katanya, suspek akan disiasat dalam masa terdekat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram