Pekan Jitra dilanda ribut kuat, tapak perniagaan terjejas


  • Massa
  • Khamis, 23 Mac 2023

Tangakap layar video tular menunjukkan keadaan sebuah tapak perniagaan di Pekan Jitra selepas dilanda ribut pada petang Khamis.

BEBERAPA lokasi di Pekan Jitra, Kedah dilaporkan dilanda ribut pada petang Khamis.

Menerusi video tular dan beberapa gambar dikongsikan orang awam, kejadian itu menjejaskan beberapa tapak perniagaan terbuka di kawasan tersebut sehingga menerbangkan khemah tempat jualan.

Jitra

Khemah yang dipercayai terbang akibat kejadian ribut pada petang Khamis sehingga menutup jalan di Pekan Jitra.

Insiden tersebut juga menyebabkan terdapat laluan yang terhalang daripada dilalui oleh kenderaan.

Difahamkan, berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi akibat ribut tersebut.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra mengesahkan pihaknya pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden pokok tumbang yang menghalang jalan di hadapan kedai kain Nagoya, Jitra, pada jam 3.30 petang Khamis.

Katanya, sebelum itu, sebanyak 12 anggota digerakkan ke kawasan kejadian untuk memberikan bantuan dalam kejadian tersebut yang berlaku ekoran keadaan cuaca hujan dan ribut pada petang Khamis.

WhatsApp Image 2023-03-23 at 5.46.22 PM

Antara anggota bomba yang bertindak dalam operasi untuk memotong pokok yang tumbang dalam kejadian ribut pada petang Khamis. — BBP Jitra

"Operasi melibatkan tindakan memotong pokok berkenaan dengan gergaji berantai bagi membuka jalan. Keadaan kembali terkawal pada jam 3.42 petang," menurut kenyataan.

BBP Jitra turut memaklumkan tiada mangsa yang mengalami kemalangan jiwa dalam insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram