[VIDEO] Hanya 20 minit ribut hujan batu rosakkan rumah, terbangkan bumbung


  • Benua
  • Isnin, 20 Mac 2023

Tangkap layar video suasana ketika ribut hujan batu di utara Thailand baru-baru ini. — Agensi

RIBUT hujan batu yang melanda utara Thailand menyebabkan puluhan penduduk cemas dan terpaksa menanggung kerugian harta benda.

Menerusi video tular, bencana itu mengakibatkan beberapa rumah mengalami kerosakan, manakala bumbung premis diterbangkan angin kencang dalam kejadian yang berlaku di Chiang Mai.

Video berasingan turut memaparkan ketulan ais jatuh ke dalam sebuah kediaman.

Screenshot 2023-03-20 090443

Tangkap layar video tular memaparkan ketulan ais masuk ke dalam sebuah rumah orang awam.

"Hujan lebat dan hujan batu turun selama hampir 20 minit," kata Chaichai Wongkam, yang rumahnya rosak.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan serpihan atau dahan yang tumbang, susulan ribut hujan batu yang mengakibatkan ratusan rumah rosak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram