Umno: Shahrizat kembali dalam carta kepimpinan, Azalina selaku Ketua Penerangan, Asyraf Wajdi sebagai SUA


  • Politik
  • Rabu, 22 Mac 2023

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kini kembali dalam organisasi parti apabila dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Rabu telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama selepas pemilihan parti selesai diadakan pada 18 Mac lalu.

Dalam mesyuarat yang dijalankan, Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pelantikan pegawai-pegawai utama parti, ahli MKT dan pengerusi Perhubungan Umno Negeri-Negeri.

Bagi jawatan pegawai utama perlantikan, Setiausaha Agung diketuai oleh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Bendahara Agung, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan oleh Datuk Azalina Othman Said.

Manakala, bagi Ahli MKT lantikan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri adalah seperti lampiran berikut.

satu

dua

Senarai perlantikan pegawai-pegawai utama parti, Ahli MKT dan pengerusi Perhubungan Umno Negeri-Negeri.

Seramai 13 wakil dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi dengan bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tersenarai dalam lantikan tersebut.

Biarpun tewas kepada Datuk Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Puteri Umno, Shahrizat kini kembali dalam organisasi parti apabila dilantik sebagai ahli MKT Umno.

Datuk Rozabil Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno di samping Datuk Fathulbari Mat Jahya sebagai Timbalan Pengerusi di Perlis.

Dalam pada itu, mesyuarat MKT turut mengambil ketetapan untuk terus mendukung Umno sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama demi kestabilan negara.

Umno turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

Justeru, pihak kerajaan digesa untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan negara selain turut beriltizam untuk membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti dalam Kerajaan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram