Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok


  • Massa
  • Rabu, 22 Mac 2023

Umat Islam ditetapkan untuk mula berpuasa pada Khamis bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.

UMAT Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 23 Mac. Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Rabu.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, menerusi satu kenyataan, menetapkan Rabu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram