Peniaga Bazar Ramadan diberi amaran, tindakan tegas jika harga jualan mahal


  • Massa
  • Rabu, 22 Mac 2023

Datuk Salahuddin Ayub berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menegnakan harga jualan tinggi di Bazar Ramadan. — Bernama

TINDAKAN tegas akan diambil terhadap mereka yang mengenakan harga tidak munasabah di bazar Ramadan di bawah program Bazar Rahmah, kata Datuk Salahuddin Ayub.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, pegawai akan menjalankan pemeriksaan kerap ke atas vendor untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan purata kos bahan.

“Berdasarkan data Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan, kami dapat menentukan julat harga yang sepatutnya ditetapkan oleh vendor untuk produk mereka.

“Dengan menggunakan cara ini, pegawai kami akan memantau dan menasihati vendor untuk menetapkan harga dalam purata harga yang munasabah dan tidak menaikkan harga tanpa sebarang alasan kukuh.

“Bagaimanapun, mereka yang didapati sengaja menjual dengan harga tinggi akan dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi,” tegasnya selepas melancarkan inisiatif Payung Rahmah di sebuah pasar raya besar di Kuala Lumpur pada Rabu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram